Friday, August 23, 2013

Periksa Atas

Kerik kerik hello assalamualaikum.
 heh. tadi pergi medical check up second round. jangan nak pelik ke apa ke. Nak buat macamana kan buat kat hospital kerajaan. Memanglah ada siri kedua ketiga kelima okey tu tipu. Aku pergi sorang kay. Tepuk tangan cepat betapa independentnya aku kuikui.
Dah ambil nombor segala, tunggulah giliran sampai an. Masa tengah dudukduduk bersantai di tepian pantai tu, ada pakcik ni duduk sebelah aku. Berbaju melayu kelabu alaala Maher (for those Saktian kompom tahu) Lalu beliau menegur daku
 "masuk mana dik.?"
"hehe, UPM cik"
"ohh, baguslah. diploma ke ijazah ni.?"
"dah masuk ijazah dah,hehe (lagi)"
"ohh. bagus2. dari mana dulu matrik ke.?"
"tak. dari asasi. upm jugak.hehe (masih)"
"oh. baguslah. anak pakcik ada jugak belajar. ada kat uum. um, ada mesir. baru balik haritu. UPM ni pun bagus jugak. STANDARD jugak."
sambil mengangguk2 acahacah Woody Woodpecker "haah tulah, sebab dia ada R&D kan. hehe (i have no idea)"

 dingdong okay sampai dah number aku, aku chow dulu ye pakcik. eh takdelah aku kata gitu kat dia kan. aku cakap elokelok la. heh.

 bila dah masuk jumpa doktor tu, bla bla itu ini, doktor tu nanya kat aku

 "kos apa dik.?"
kosmetik "sains ternakan doc"
"ohh, minat ye awak ye.?"
"bolehlah. hehe" padahal dia tak tahu tu second choice aku kan.
"ternak apa nanti dik, ternak ayam ternak lembu"
"ternak gitugitulah doc, kambing segala semua"
"baguslah dik. lasak awak ni ya. orang sekarang bukan nak kerjakerja macam ni. kotor katanya. tak dapat pakai lawalawa. "
sumpah aku setuju dengan doc tu "haha, biasa je doc. tulah setengah orang anggap, alahai ternakan je"
"eh mana boleh. pertanian, ternakan semua ni budakbudak ijazah sekarang pun diiktiraf. sampai keluar nrgara semua"
menangis terharu "tulah kan. hehe"
"nama awak ni nabiilah memang ada dua I ke.?"
"haah doc, dalam surat beranak memang gitu"
"ohh. nabilah maksudnya apa.? pandai, bijak. belajar elokelok ye. jangan carik boipreng pulaa"
Aamiin aamiin aamiin aku kata. "terima kasih doc"
sambil salam doktor dengan assistant dia before gua blah. aku tahu bosan sikit conversation aku punya ayat, tapi lantak la janji lu orang paham. alahai macamlah ada lu orang yang nak baca kan haha.

point gua sini ialah:
 ~gua terharu doktor yang duduk dalam ofis kerja camtu still pandang kat kos gua yang ke ladang ni. gua bukan niat nak hina kos sendiri, cuma gua tahu kat luar sana ada kepalakepala mulutmulut yang pandang kos aku ni semacam. hah nampak tak sampai pandang dah tak pakai mata, pakai mulut dengan kepala aje. -.- kekadang orang sekarang ni ilmu sikit tapi nak menunjuk kemain. kemain kutuk UPM tak bagus. kemain pandang rendah kos bukan medic bukan engineering. sobss.

 ~gua terharu dia tahu maksud nama gua yang glemer ikan gelama tu. ala nak heran apa kan ramai je orang nama Nabilah sekarang. even spelling nama gua acahacah unik, janji maksud sama kan. Aamiin Aamiin Aamiin doc.!

 Bukan nak kata apa, cuma rezeki masingmasing kan. Kos apa pun, universiti apa pun, ilmu tu luas. Tak terbatas. Dan kita pun sepanjang hidup kita timba ilmu. Bukan dekat sekolah, uni aje. dah gua dah melalut. 

Semenanya gua cuma nak cakap gua terharu dengan pemikiran pakcik dan doktor tu, nauzubillah kelautnya. #PrayForEgypt

No comments:

Post a Comment